September 23, 2007

Sejarah

Manusia bertukar jadi 'batu' di

Pompeii

Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my


REAKSI mayat sebelum mereka terbunuh.

Gunung berapi Vesuvius meletuskan lava, banjiri

kota

maksiat tanpa batas kaum Osci di tengah Itali

SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di

Pompeii

(kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti

kota

purba lain - penduduknya bergerak ke

sana

sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta berinteraksi antara satu sama lain.

Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda

kota

berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan

kota

Pompeii

yang suatu ketika dulu menjadi antara

kota

terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan

kota

berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.

Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d'Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.

Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan

kota

Pompeii

selama

KANAK! KANAK dan dewasa turut terbunuh dilanda lava.

ribuan tahun akhirnya terbongkar.

Bagaimanapun, penemuan

kota

purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan

kota

itu secara tidak langsung turut menyimpan 'wajah' sebenar

kota

Pompeii

apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.

Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai

kota

Pompeii

.

Kota

itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii

kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,

kota

itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.

Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu 'sepi' selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.

Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan

Pompeii

daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

sumber: www.wikipedia.com, http://www.harcourtschool.com/activity/pompeii/index.html, Perished Nation oleh Harun Yahya.

FAKTA:

Pompeii

·  Tapak tinggalan

Pompeii

kini diiktiraf sebagai satu daripada tapak warisan dunia Unesco

·  Ketika letusan terjadi,

kota

Pompeii

dianggarkan memiliki penduduk sejumlah 20,000 orang.

·  Kebanyakan aratifak yang ditemui dalam kerja cari gali ditempatkan di sebuah muzium di

Naples

.

                            

August 24, 2007

Topik Hangat

HAL UGAMA ISLAM

Keadilan dalam pemilikan harta

Bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia

(YaPEIM)

Golongan kaya pikul amanah bantu fakir, miskin jayakan kegiatan ekonomi

ISLAM menentang pandangan yang menyatakan orang kaya adalah pemilik sebenar kepada harta dan kekayaannya. Oleh itu, ia berhak mendermakan atau tidak mendermakan sebahagian daripada harta itu sesuai dengan keinginannya. Ia juga bebas menggunakannya untuk memuaskan nafsu. Itu pandangan kapitalisme terhadap harta.

Ia adalah pandangan yang serupa dengan prinsip Qarun yang menyatakan seluruh harta yang ada padanya adalah hak miliknya secara mutlak, sebab ia adalah hasil kepandaian dan jerih payah Qarun bersikap aniaya terhadap kaumnya dan menafikan harta kekayaan yang ada adalah anugerah Tuhan. Sikap itu mendatangkan kemurkaan Allah. Maka Allah pun membenamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi

irman Allah bermaksud, “Maka kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang boleh menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang (yang dapat) membela (dirinya) – (Surah al-Qasas 28: 81)

Islam menentang pandangan seperti di atas sampai ke akar umbi dan berpendapat harta adalah hak milik Allah. Allah menciptakannya dan dia pula menganugerahkannya. Orang kaya hanya seorang wakil yang dilantik oleh Allah pemegang amanah terhadap harta-Nya. Dengan perkataan lain fungsi orang kaya adalah mewakili Allah sebagai pemilik asal untuk menjaga, mengembangkan serta membelanjakan harta sesuai dengan kehendak dan keredaan-Nya.

Firman Allah bermaksud, “Belanjakan (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepadamu - (Surah al-Baqarah 2:254)

Berdasarkan firman itu, mesti difahami harta di tangan orang kaya sebenarnya adalah harta Allah yang dikurniakan kepada mereka.

Allah yang menciptakan manusia, harta dan alam semesta mewajibkan ke atas seluruh orang kaya untuk mendermakan kadar tertentu daripada harta Allah yang dititipkan kepadanya.

Dalam menekankan supaya mereka menunaikan kewajipan itu Islam tidak hanya bertumpu kepada nasihat, peringatan, motivasi atau dakwah. Cara seperti itu kurang berkesan terutama dalam menghadapi orang yang kesat hati, keras nurani dan lemah iman. Sebaliknya Islam mengikut sertakan campur tangan negara untuk menegakkan undang-undang. Tugas mengutip zakat daripada pihak orang kaya diberikan kepada golongan miskin adalah tugas negara.

Sesiapa yang enggan memberikan sebahagian daripada hartanya akan digesa dengan cara kekerasan atau suka rela untuk segera kembali ke pangkal jalan.

Dengan demikian, Islam menggabungkan antara dua jalan kebaikan. Islam menekankan nasihat agama dan akhlak, tetapi pada masa sama Islam juga menguatkuasakannya dengan ketentuan undang-undang dan kuasa pemerintahan. Allah menggunakan kuasa pemerintahan (Sultan) terhadap sebahagian manusia yang tidak mempedulikan peringatan al-Quran. Campur tangan kerajaan mesti diwujudkan demi merealisasikan jaminan dan tanggungan terhadap keperluan masyarakat. Inilah yang berusaha diterapkan oleh aliran kapitalisme atau sosialisme beraliran sederhana.

Walau bagaimanapun, Islam lebih utama daripada aliran moden di atas. Sebab Islam memiliki keistimewaan yang dimiliki oleh aliran itu. Di antaranya:

·  Islam muncul awal daripada aliran itu. Islam berjuang untuk mengukuhkan dan menjamin hak orang miskin sejak 14 abad yang lalu. Peribahasa menyatakan, keutamaan itu ialah milik orang yang memulakan meskipun orang yang meniru melakukannya dengan lebih baik.

·  Keaslian prinsip dan ajaran membuat Islam lebih istimewa daripada aliran ciptaan manusia. Aliran ciptaan manusia biasanya muncul ekoran keadaan tertentu dan digunakan untuk keadaan itu saja. Sebaliknya ajaran Islam adalah satu ajaran asli yang menjadi tiang utama dalam bangunan Islam yang agung.

·  Islam juga menjadi satu ajaran yang istimewa kerana kekal dan abadi. Ajaran aliran pemikiran ciptaan manusia biasanya digunakan dalam keadaan tertentu saja. Apabila keadaan itu berubah manusia akan meninggalkan ajaran itu untuk mengamalkan ajaran lain yang lebih sesuai dengan keadaan. Adapun ajaran Islam adalah syariat Allah yang kekal dan tidak menerima sebarang penggubalan dan perubahan sehingga hari kiamat.

·  Ajaran Islam bersifat sempurna dan syumul. Keistimewaan ini tidak akan wujud kecuali dalam ajaran diasaskan oleh Tuhan yang maha mengetahui. Dengan kekurangan yang ada dalam diri serta gesaan hawa nafsu yang boleh menyelewengkan pandangan dan pertimbangan, manusia sememangnya tidak mampu menciptakan ajaran yang bersifat sempurna dan universal seperti Islam.

Berkenaan isu jaminan terhadap golongan miskin, kesempurnaan dan kesyumulan ajaran Islam terserlah dalam dua perkara berikut, iaitu;

Pertama, sistem insurans diamalkan oleh Barat memberikan bantuan atau pampasan kepada orang yang ikut serta dalam sistem itu sesuai dengan kadar wang yang dibayarkan kepada syarikat insurans itu sepanjang usia kerjayanya. Bantuan dan cagaran dalam sistem insurans ini tidak diberikan sesuai dengan kadar keperluan seseorang. Sebaliknya siapa yang membayar lebih banyak akan menerima bantuan dan pampasan lebih banyak, manakala yang membayar sedikit pula meskipun keperluannya sangat banyak. Orang yang berpendapatan sedikit sememangnya akan sentiasa menerima sedikit dalam sistem ini.

Adapun sistem jaminan sosial yang berusaha direalisasikan Islam untuk umatnya tidak berdiri di atas pertimbangan kadar bayaran yang dibayar terlebih dulu. Ia juga tidak memberikan bantuan kepada orang memerlukan mengikut peratusan jumlah wang dibayarnya. Sebaliknya sistem jaminan sosial Islam memberikan bantuan kepadanya sebanyak kadar yang boleh memenuhi keperluannya, menghilangkan kerunsingannya dan mengeluarkan daripada kesukaran hidup yang dialaminya.

Kedua, sistem insurans yang diamalkan oleh Barat memiliki dua kelemahan, iaitu ia terhad kepada beberapa orang saja dan tidak mencakupi setiap individu memerlukan.

Ia tidak mampu merealisasikan keperluan golongan fakir miskin secara sempurna, seperti yang dilakukan Islam terhadap mereka dengan sistem zakat dan sistem lain.

Sistem insurans Barat hanya memberikan jumlah tertentu tanpa mengambil kira sama ada jumlah itu cukup untuk memenuhi keperluan atau tidak.

INTI PATI: Keistimewaan Islam

·  Islam berjuang untuk mengukuhkan dan menjamin hak orang miskin sejak 14 abad yang lalu.

·  Keaslian prinsip dan ajaran membuat Islam lebih istimewa daripada aliran ciptaan manusia. Aliran ciptaan manusia biasanya muncul ekoran keadaan tertentu dan digunakan untuk keadaan itu saja. Sebaliknya ajaran Islam menjadi tiang utama dalam bangunan Islam yang agung.

·  Islam juga menjadi satu ajaran yang istimewa kerana kekal dan abadi. Ajaran aliran pemikiran ciptaan manusia biasanya digunakan dalam keadaan tertentu saja. Apabila keadaan itu berubah manusia akan meninggalkan ajaran itu untuk mengamalkan ajaran lain yang lebih sesuai. Ajaran Islam adalah syariat Allah yang kekal dan tidak menerima sebarang penggubalan dan perubahan sehingga hari kiamat.

·  Ajaran Islam bersifat sempurna dan syumul. Keistimewaan ini tidak akan wujud kecuali dalam ajaran diasaskan oleh Tuhan yang maha mengetahui. Manusia sememangnya tidak mampu menciptakan ajaran yang bersifat sempurna dan universal seperti Islam.

Dimensi

Angkara saka

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar

IA bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.

Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.

Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.

Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.

Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.

Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.

“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.

“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).

Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.

“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.

“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.

“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.

Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.

“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.

FAKTA: Saka

·  Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

·  Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

·  Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

·  Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

·  Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

·  Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

Antara jenis saka

·  Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

·  Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

·  Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

·  Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

·  Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

·  Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

·  Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

August 23, 2007

Promotion My State

Wayang Kulit (Dance and Theatre)

A spellbinding medium for storytelling, the Wayang Kulit is a traditional theatre form that brings together the playfulness of a puppet show, and the elusive quality and charming simplicity of a shadow play.

Its origin remains a mystery, though it appears to have a strong Javanese and Hindu influence. Today, it is spread out, in various forms and guises, across Asia - from Turkey and China to Indonesia and of course, Malaysia.

Here, it is most popular in the East Coast of Peninsular Malaysia, particularly in Kelantan, the heartland of Wayang Kulit, where it took root more than 250 years ago. Today, however, urbanisation and modern entertainment have led to a decline in its popularity.


There used to be four main varieties of the form in this country: the Wayang Kulit Siam of Kelantan; the Wayang Gedek, performed by the Thai communities of Kedah and Perlis; the Wayang Kulit Jawa, performed by the Javanese communities in Selangor and Johor; and the Wayang Kulit Melayu, performed by the Javanese communities of Terengganu. Today, only the first two are performed.

All of the varieties of this unique theatre form employ the principle of light and shadow to bring to life its characters, depicted by intricately carved puppets. The flat two-dimensional puppets are carved, then painted, by hand out of cow or buffalo hide.


Each puppet, a stylised exaggeration of the human shape, is given a distinctive appearance and not unlike its string puppet cousins, has jointed "arms". There may be as many as 40 puppet characters, all with different traits and mannerisms, in a performance.

One man is responsible for breathing life into this array of characters: the master puppeteer and storyteller known as the Tok Dalang.

The task of the Tok Dalang requires immense skill and endurance, for not only does he control the movements of the puppets, he also has to provide each one with a distinguishable voice, and at times, to sing, all while "conducting" the accompanying traditional music ensemble by tapping a rattle (known as the kechrek) with his feet.

During a typical performance, which can last several few hours, the Tok Dalang sits behind a semi-transparent white cloth which acts as a screen. The puppet figures are silhouetted onto the screen with an oil lamp as the light source.

The stories of the wayang kulit are traditionally based on the Hindu epics of the Ramayana and the Mahabharata. Usually, the Tok Dalang begins by introducing the main characters; first the puppet storyteller, followed by Maharaja Wana (Rawana), Sri Rama (Rama), Siti Dewa (Sita), the Laksamana and the court jesters, Pak Dogol and Wak Long.


Then he tells the story by moderating his voice, and controlling the varied movements, to suit each and every character. For instance, the gruff-voiced demon king Maharaja Wana moves erratically and aggressively, while the court jesters scratch their heads and speak in shrill voices.

The shadow play is invariably accompanied by a gamelan orchestra, one that consists of about 10 to 30 musicians.

Traditionally, the Wayang Kulit is staged during religious festivals and important occasions, such as weddings, births and circumcision. Primarily, it was taken as an entertainment medium. However, it also served to impart moral values, as well as to pass down folklore and historical tales.

Like many other art forms in Malaysia, it was believed to have strong ties to the spirit world. It used to be customary to make food offerings to the spirits during and after a performance, but this practice is now frowned upon.

In fact, in 1990, when the conservative political party Parti SeIslam Malaysia (PAS) came into power in Kelantan, the staging of Wayang Kulit was prohibited altogether, for its un-Islamic elements.

However, the practitioners of this dying art form have adapted, ensuring its continuous survival. Today, a new brand of Wayang Kulit has emerged. Instead of the traditional tale of Hikayat Sri Rama - the Malay adaptation of the Hindu epic Ramayana - the stories now are based on local folklore, history, popular comedies, current issues and secular tales.

Even the traditional forms of the puppets have evolved. The new puppets can take up any role unlike the original puppets which are fixed characters. Also, modern elements such as buildings and cars have been incorporated.

To keep up with the times, today's Tok Dalangs do not only use the Kelantanese dialect but also mainstream Bahasa Malaysia, a few English words, the occasional Bollywood song, and even familiar tunes from TV serials to spice up their performance. The best thing is they always improvise as they perform, so audiences don't get a fixed dialogue or narration with every show.

All their efforts have not gone to waste. The "modernisation" of the Wayang Kulit has since changed the minds of the Kelantan State Government which has since lifted the ban. The art form is slowly picking up again but whether it would achieve the same kind of recognition as in days gone by remains to be seen.

August 10, 2007

Interior Dekor Design

Warna lembut ruang harmoni



GAYA ruang tamu menunjukkan pemiliknya sukakan hiasan ringkas.


Kediaman dicat putih mudahkan Dwi Khirma suai padan perabot

BILIK tidur dihias
ringkas tetapi menarik.


Dengan kediaman yang mempunyai ruang agak terhad, ia adalah satu cabaran kepada Dwi supaya hiasan dalaman ditampilkan sesuai dan harmoni serta tidak menghalang perkembangan kedua-dua anak lelakinya, berusia empat tahun dan
10 bulan itu.
Diserikan dengan penataan warna lembut, keseluruhan ruang kediaman dua tingkat ini dicat warna putih supaya memudahkan pemiliknya menyuai padankan dengan aksesori hiasan dan perabot, selain menampakkan ruang lebih selesa.

“Warna memainkan peranan penting dalam menaikkan seri sesebuah kediaman dan secara tidak langsung menyerlah senario kedamaian. Disebabkan saya sukakan gaya ringkas dan tenang, warna putih menjadi pilihan.

“Bagi menimbulkan keceriaan, saya hanya menggantikan aksesori hiasan seperti langsir, kusyen ataupun sarung sofa. Ia lebih mudah dan men
jimatkan berbanding menukar cat setiap kali mahukan kelainan,” katanya.

Bagi Dwi, kombinasi langsir warna merah hati dan coklat cair yang digunakan untuk melengkapi tingkap rumahnya itu sebagai satu percubaan untuk menggabungkan warna garang dan lembut. Ternyata, ia berupaya mewujudkan keharmonian kediamannya.

Di ruang tamu, sudut hiasan yang diwujudkan ternyata mencuri perhatian tetamu, kerana pelbagai koleksi barangan hiasan yang dibeli ketika mengikut suami bertugas ke luar negara dan barangan hantaran ketika majlis perkahwinan mereka menghiasi sudut berkenaan.

“Saya sangat menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini. Barang-barang ketika perkahwinan dulu memberi makna besar. Jadi, saya abadikan dalam almari ini supaya ia mengingatkan saya pada saat manis itu,” katanya.

Mengenai ruang santai keluarga yang dilengkapi televisyen dan set sofa, Dwi berkata, ruang tamu dan santai keluarga diwujudkan berasingan untuk memberikan keselesaan kepada tetamu memandangkan anaknya suka menonton televisyen.

"Kita sedia maklum, tetamu ialah individu yang wajib dihormati dan diberi layanan mesra. Bagi mendidik anak-anak memupuk amalan mulia itu, ruang sebegini diwujudkan supaya setiap tetamu selesa tanpa ada gangguan," katanya.

Bukan sekadar menghias ruang tamu dan ruang makan, kreativiti Dwi menghias sudut tangga menuju tingkat atas tidak kurang
hebatnya. Helaian kain bersulam indah yang tergantung pada dinding bersebelahan dan berhadapan tangga, membuatkan sudut itu tampak unik.

Beliau berkata, kebanyakan perhiasan rumah dibeli dari negara Timur Tengah kerana suaminya bertugas di situ, secara tidak langsung dekorasi kediamannya terikut-ikut dengan gaya negara berkenaan yang tidak terlalu berserabut.

“Saya selalu mengikut suami bertugas. Kadang-kala sehingga dua bulan meninggalkan rumah. Jadi, disebabkan faktor itu, biarlah saya menghias rumah ini dengan seadanya. Paling penting, kediaman itu menjadi syurga bagi kami,”
My Photo
Powered by Friendster Blogs
Member since 08/2007

March 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31